• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora, Nedim Sah Bergelar Suami Isteri

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, bintang jelita, Nora Danish sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri kira-kira jam 8.37 malam ini pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Seputeh, di sini.

Diadakan secara sederhana, majlis tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 200 anggota keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Nora, 35, berkata, beliau bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan.

“Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.

“Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora yang mengenakan rekaan busana jenamanya sendiri, Owl By ND.

Kedua-duanya, yang pernah melalui episod kegagalan perkahwinan sebelum ini, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.

Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 2006, namun berpisah sekitar dua tahun selepas itu. Nedim, 34, pula seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang diadakan secara besar-besaran, jadi untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana dan tidak terlalu mengikut protokol.

“Tidak semestinya majlis sederhana itu kurang meriah. Kami memilih cara ini juga kerana ia lebih bersifat peribadi dan intim,” katanya.

Nora juga tidak menolak andai diberikan rezeki untuk menimang anak dengan segera. Sebelum ini, aktres yang turut bergelar usahawan itu sendiri mengakui putera sulungnya pernah meluahkan keinginan untuk mempunyai adik.

“Rayqal memang sudah lama teruja dan kalau boleh, memang dia teringin untuk mempunyai adik. Dapat adik perempuan pun sudah memadai baginya. Maklumlah, di rumah, dialah satu-satunya budak kecil.

“Jadi, dia memang selalu suruh saya dapatkan adik untuknya. Paling lucu, dia meminta saya makan banyak supaya perut boleh membesar. Baginya, kalau berbadan besar itu bererti ada bayi dalam perut. Dalam bab ini, kalau saya melayan keletah dan perangainya, boleh ketawa sendirian.

“Sebagai ibu, saya faham perasaannya yang semakin membesar. Keinginan untuk memiliki adik sendiri adalah lumrah,” katanya . – BH 0nline

Tags: NEDIM NAZRInikahNora Danish
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nikah Guna Sindiket Boleh Akibatkan Perkahwinan Tak Sah

20/11/2021
0

Perkahwinan menggunakan khidmat sindiket nikah dibimbangi tidak dijalankan mengikut hukum syarak seterusnya boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah. Timbalan Menteri...

Isteri Pertama Halang Sebab Utama Nikah Di Thailand

04/03/2019
0

HALANGAN daripada keluarga atau isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah di luar negeri terutama Selatan Thai. Hal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd