• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jauhi Rasuah, Bantu Jayakan Wawasan Perlis Maju 2030

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan penjawat awam supaya tidak terlibat sama sekali dengan rasuah kerana jenayah itu boleh menghancurkan diri dan keluarga mereka.

Berikutan itu titahnya, mereka perlu mengelakkan diri daripada menerima apa juga bentuk pemberian yang mungkin mempunyai maksud yang lain.

“Tiada sesiapa akan beri wang dengan percuma. Beta berharap tuan-tuan fikir semasak-masaknya nasihat ini.

“Jangan sama sekali terlibat dengan rasuah. Apabila mula mengambil sedikit sebagai sumbangan buat minum kopi atau sebagainya, ia akan menjadi ketagih dan berakhir dengan ditangkap,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian pada majlis mengadap ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan yang baharu di Balai Mengadap Biru Istana Arau di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Zamri Khairuddin.

Tuanku Syed Sirajuddin turut mengingatkan ketua-ketua jabatan untuk memberi keutamaan kepada kepentingan, keperluan dan faedah rakyat dengan mengamalkan prinsip mesra rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Beta yakin tuan-tuan bersemangat dan komited membantu Perlis menjadi Negeri Bandar Raya Maju menjelang 2030.

“Oleh kerana majoriti rakyat Perlis bukan golongan kaya dan berada, pengorbanan tuan-tuan mendorong rakyat beta daripada kanak-kanak untuk berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” titah baginda.

Pada masa sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut mahu penjawat awam negeri ini membuang amalan melepak di kedai kopi atau ke pasar selepas mengetik kad perakam waktu supaya Perlis berupaya menyaingi negeri yang lebih maju. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd