• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Haram Akhbar Daesh, 13 Buku Lucah Di Pasaran

oleh
31/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas diharamkan di Singapura, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap Al-Fatihin: Surat Kabar Bagi Muhajirin Berbahasa Melayu di Daulah Islamiyyah.

Pengharaman akhbar terbitan Daesh itu disahkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim di bawah warta perintah larangan dan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Akhbar setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun tahun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial khusus untuk kemudahan pembaca di rantau Asia tenggara.

KDN menyifatkan akhbar berbahasa Melayu itu mengandungi unsur doktrin radikal agama dan ekstremis. Tahun lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah pun menyekat akhbar Daesh versi talian tersebut.

Pengumuman pengharamam oleh KDN menerusi satu kenyataan di sini hari ini turut meliputi 19 penerbitan lain yang didapati mengandungi kandungan boleh memudaratkan minda masyarakat Malaysia jika disebar di pasaran.

Alwi berkata perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kesemua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kemoralan.

“Juga ia mungkin memudaratkan kepentingan awam dan mungkin memudaratkan keselamatan negara,” kata Alwi. Daripada jumlah itu, sebanyak 13 penerbitan didapati mempunyai isi kandungan atau artikelnya berunsur seks.

Ia turut dikesan memuatkan gambar lucah keterlaluan yang dilihat tidak bersesuaian dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia antaranya Nikmatnya Melayari Bahtera Malam Pertama dan Pelacur Kelas Pertama.

KDN Haram Akhbar Daesh, 13 Buku Lucah Di Pasaran

Juga Nazi Goreng, Revenge of the Sarong Party Girl, Fifty Shades of Bliss: The Ultimate Guide To Spicing Up Your Sex Life, Maxim (Vol.18, No.9 November 2014) (USA Edition) dan Maxim (Vol.18, No.5 Jun 2014) (USA Edition).

Tidak ketinggalan dianggap sebagai berbaur seks keterlaluan ialah Pop Psychedelic, Only Two Can Play, Black Men Special Edition, The Loving Touch, The Book of Loving Sex dan Kamasutra (amp) Kecerdasan Seks Modern.

Alwi berkata tiga penerbitan lain didapati mengandungi fakta yang mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

Tajuk penerbitan itu ialah Bila Anak Bertanya Tentang Allah Dan Alam Ghaib Inilah 48 Jawapannya*, Tafsir Al-‘Usyr Al-Akhir dari Al-Quran Al-Karim Juz (28,29,30) Disertai Hukum-Hukum Penting Bagi Seorang Muslim.

“Juga The Gospel of Ali (Penghargaan Islam atas Yesus) apabila penerbitan tersebut  dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” kata beliau.

Dua penerbitan lagi pula ada unsur promosi perjuangan komunis iaitu Hidup Bagaikan Sungai Mengalir (Kisah 16 Orang Wanita Dalam Gerakan Anti-Jepun, Anti-Penjajah dan Kemerdekaan di Malaysia-Singapura 1938-1989) dan Manifesto Komunis.

“Kesemua penerbitan yang diterbitkan di dalam negara dan luar negara tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum.

“Sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301,” kata Alwi.

Aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang moha.spab.gov.my. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd