• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Anwar: KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat supaya ‘cermin diri’ sebelum mengkritik undang-undang yang dilaksanakan negara lain.

Tulisnya di laman Facebook peribadi, “Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi ‘tekanan’ kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin.

Hubungan diplomasi kita amalkan seperti biasa. Tetapi prinsip mesti dinyatakan dengan jelas.”

10312538_1005110876172180_1325790830311216022_nSebelum itu, Biden melalui laman Twitternya, melahirkan kebimbangannya berkenaan ‘tekanan’ yang diberikan kepada pembangkang di Malaysia dengan perlaksanaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang,” tulis Biden.

Beliau kemudiannya berkata, rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakiman.

Khairy, dalam nada sarkastik, membalas tweet tersebut dengan menulis, “penutupan Guantanamo akan meyakinkan Amerika meyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang.”

Kenyataan Khairy ini merujuk pada penjara yang disifatkan sebagai penjara terkejam di dunia milik AS yang terletak di Teluk Guantanamo. Tahanan di sini dilaporkan diseksa dan diperlakukan bagai binatang manakala penghinaan agama termasuk terhadap al-Quran dilakukan sebagai salah satu cara menyeksa mental tahanan muslim. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

(Video Sampingan – untuk hiburan…)

Tags: Amerika SyarikatKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd