• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cardiff City Tawar Peluang Berlatih Kepada 4 Pemain Muda Kedah

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cardiff City Football Club (CCFC), yang berpangkalan di Wales, mengumumkan tawaran latihan khas kepada dua pemain bawah 18 tahun dan dua pemain bawah 21 tahun dari Kedah untuk tempoh sebulan.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pegawai Khas CCFC Ken Choo dalam satu sidang media di Cardiff City Stadium di Cardiff, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Aminuddin Omar yang juga Setiausaha Kehormat KFA dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim.

Mengulas tawaran daripada pihak CCFC itu, Mukhriz dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan CCFC di atas peluang keemasan itu.

Beliau berharap empat pemain yang akan dihantar berlatih di Cardiff awal Januari depan akan mendapat pendedahan kepada sistem dan disiplin latihan yang terbaik.

“Ia akan meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bersama pasukan Piala Belia dan Piala Presiden nanti,” katanya. CCFC dimiliki ahli perniagaan dari Malaysia Tan Sri Vincent Tan. – BERNAMA

Tags: Cardiff City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cardiff Zahir Rasa Simpati Selepas Mayat Sala Ditemui

09/02/2019
0

CARDIFF – Pasukan Liga Perdana England (EPL), Cardiff mengeluarkan kenyataan menzahirkan rasa simpati selepas mayat yang ditemui oleh pihak berkuasa...

Pesawat Dinaiki Bintang Baharu Cardiff City Terhempas

23/01/2019
0

LONDON - Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd