• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Luangkan Masa Temui 3 Mangsa Culik

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Khamis meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.

Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama tiga mangsa tersebut yang turut disertai anggota keluarga mereka di kediaman perdana menteri di sini kira-kira 8.15 pagi tadi.

Tiga warga Malaysia itu – Jumadil Rahim, 24; Mohd Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27, – diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina pada 11.30 malam Ahad.

Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang turut menyertai sesi perbualan, bersarapan pagi dan mendengar kisah mangsa yang menceritakan kembali detik malang insiden penculikan tersebut.

Suasana pilu turut dirasai apabila ketiga-tiga mangsa, yang merupakan nelayan, dipertemukan dengan anggota keluarga masing-masing.

Kesemua anggota keluarga pula tidak dapat menahan tangisan apabila dapat memeluk erat mangsa setelah lebih lapan bulan ditahan oleh pengganas tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiga mangsa culik warganegara Malaysia telah diselamatkan oleh Joint Task Force Sulu semasa menjalankan operasi ketenteraan bersepadu di Sulu pada 26 Mac lalu.

Ketiga-tiga mangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 malam, semalam.

Pada Isnin lepas, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bertemu dan mendengar sendiri cerita dua lagi nelayan yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63.

Pada 18 Julai lepas, kelima-lima mereka diculik oleh kumpulan militan itu dan kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu. – BERNAMA

Tags: kes culikNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd