• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penempatan Khas Penagih Dadah Di Pulau Terengganu

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan meneliti cadangan pembangkang untuk membina sebuah kem khas bagi menempatkan belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah di sebuah pulau, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud.

Beliau berkata cadangan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) itu memerlukan penelitian terperinci untuk dilaksanakan.

“Yang Berhormat kata kerajaan negeri kena buat tindakan yang ‘keras’ sedikit untuk mencegah pelajar sekolah menengah terjebak dengan dadah. Insya-Allah, kita akan teliti cadangan ini,” katanya dalam sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Mohd Abdul Wahid mengesyorkan perkara itu bagi memastikan penagih dadah sukar mendapatkan bekalan sekiranya diletakkan di penempatan khas di pulau yang sukar dimasuki pembekal dadah.

Terdahulu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) inginkan penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Roslee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi berkata setakat ini, kerajaan negeri telah banyak melaksanakan pelbagai program antaranya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

“Selain bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, program bersama YPKT turut melibatkan penyertaan ibu bapa kerana antara faktor pelajar terjebak dengan dadah ialah keruntuhan institusi keluarga mereka.

“Mungkin pembangkang lihat langkah yang diambil ini seperti agak ‘lembut’…kita ambil pendekatan berhemah dan setakat ini nampaknya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini masih terkawal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Roslee Daud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Alhamdulillah Cuma Cedera Ringan’ – ADUN Bukit Besi

07/12/2018
0

DUNGUN - “Alhamdulillah saya selamat hanya cedera ringan dan sakit badan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee...

YPU Beri Kelonggaran Kepada Usahawan

01/12/2017
0

KUALA TERENGGANU - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) memberi kelonggaran kepada usahawan yang terjejas akibat banjir untuk menangguhkan pembayaran pembiayaan bulanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd