• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Besar Negeri Sembilan Umum Bonus

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

“Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Januari 2015.

“Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja,” katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap ‘Sangat Baik’ dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu.

Mohamad berkata pada 2013, berdasarkan pemarkahan Jabatan Audit Negara ke atas 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri, sembilan jabatan dan agensi berjaya mencapai tahap ‘Sangat Baik’ dengan markah yang diperoleh melebihi 90 peratus.

“Lima agensi lagi mencapai tahap ‘Baik’ dengan markah antara 84.2 peratus dan 89.9 peratus,” katanya.

Jabatan dan agensi yang telah mencapai kejayaan pada tahap ‘Sangat Baik’ ialah Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Kewangan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri Sembilan turut mencapai tahap ‘Sangat Baik’. – BERNAMA

Tags: BonusNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd