• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis Cedera Dirempuh Kenderaan Penjenayah

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan penjenayah yang ingin meloloskan diri daripada sekatan di Saleng, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md. Said berkata mangsa yang merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan IPD Johor Bahru, kini menerima rawatan di Hospital Kulai.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 4.20 pagi ketika sepasukan polis peronda mengarahkan sebuah kereta dinaiki dua lelaki, berhenti di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Saleng-Kempas, Kulai.

Arahan itu, bagaimanapun tidak dipedulikan dan suspek memecut laju kenderaan itu ke arah Skudai, menyebabkan polis terpaksa mengejar kenderaan terbabit.

Beliau berkata sebanyak lima Unit Kereta Peronda (MPV) dan tiga Unit Ronda Bermotosikal (URB) dari IPD Kulai dan beberapa lagi MPV dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Johor Bahru Selatan turut membantu mengejar kenderaan suspek.

“Polis mengejar dari Saleng ke Skudai, kemudian masuk ke Danga Bay dan berpatah balik pula ke arah Skudai sebelum masuk semula ke daerah Kulai.

“Sampai di satu kawasan, mereka (suspek) merempuh beberapa MPV dan URB polis, mengakibatkan kenderaan dinaiki suspek rosak teruk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya, kedua-dua suspek dan dua anggota polis cedera di badan.

Razak berkata berdasarkan semakan, kedua-dua suspek berusia 23 serta 27 tahun itu berasal dari Kluang, Johor dan masing-masing mempunyai 11 dan tujuh rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Polis juga menemui sebilah parang dan beberapa peralatan menagih dadah dalam kenderaan dinaiki suspek.

Kedua-dua mereka turut positif dadah dan kenderaan yang digunakan dilaporkan hilang di daerah Kluang.

Razak berkata polis akan memohon reman ke atas kedua-dua suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya. – BERNAMA

Tags: anggota polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd