• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung MIC Ke-68 Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung MIC Ke-68, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula 13 Disember ini, diharap dapat menjadi platform bagi anggota perwakilan mengetengahkan masalah masyarakat India.

Setausaha Agung MIC A. Prakash Rao berkata anggota perwakilan juga perlu menggunakan perhimpunan dua hari itu untuk membawa isu-isu berkaitan kebajikan, ekonomi, pendidikan dan memperkasakan masyarakat India dan bukannya isu remeh-temeh.

“Kita maklum bahawa isu Akta Hasutan 1948 mungkin dibincangkan. Kita tidak akan menghalang perwakilan mengemukakan isu yang mereka mahu.

” Kita bersedia mendengar apa sahaja rintihan atau cadangan daripada perwakilan, namun ia hendaklah dilakukan dengan betul dan mengikut undang-undang,” katanya pada persidangan berita di sini, hari ini.

Menurutnya kira-kira 2,000 orang akan menghadiri perhimpunan itu termasuk 1,500 anggota perwakilan selain jemputan kepada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pemerhati tempatan dan asing pada hari pertama perhimpunan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Perhimpunan Agung MIC itu pada 13 Disember.

Persidangan sayap Pemuda, Wanita, Puteri dan Pemuda MIC pula diadakan di PWTC pada Ahad ini.

Pada sidang media sama, Bendahari Agung parti Datuk S.Murugesan berkata MIC sedang mengkaji pindaan terhadap perlembagaan parti bagi membolehkan lebih ramai anggota mengundi bagi menentukan kepimpinan parti.

Pindaan itu, yang telah dimaklumkan kepada Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam, tidak akan dibincangkan pada perhimpunan kali ini kerana mahu mendapatkan pandangan akar umbi parti terlebih dahulu.

Murugesan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan parti menambah semua pandangan akan dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk dibincangkan sebelum dibentangkan kepada perwakilan parti pada perhimpunan akan datang. – BERNAMA

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd