• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hudud Tidak Terpakai Di Sarawak – Abang Johari

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menterinya yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kekal dengan pendirian menolak pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu.

“Saya mahu jelaskan bahawa hudud tidak terpakai di Sarawak dan saya berkongsi pandangan yang sama dengan Allahyarham Tok Nan (bekas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem).

“Walaupun rang undang-undang ini (berkaitan) syariah dan bukan hudud, kami luahkan kebimbangan kami kerana bagi saya penalti rang undang-undang ini bersifat diskriminasi antara orang Islam dan bukan Islam berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita semasa melawat Menara Sarawak Energy di sini hari ini diminta mengulas mengenai rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ditanya sama ada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu membuat undian berhubung cadangan pindaan itu, Abang Johari berkata perkara tersebut bergantung kepada hasil pertemuan antara perdana menteri dan pemimpin parti komponen BN baru-baru ini.

Katanya beliau hanya menghadiri mesyuarat pertama dan berada di China semasa mesyuarat kedua yang dihadiri oleh Timbalanya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Rang undang-undang persendirian itu diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat pada 24 Nov lalu, namun baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun OpengHudud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendekatan Hudud Di Malaysia Berbeza

31/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Pendekatan pelaksanaan hudud di Malaysia tidak sama seperti Brunei berdasarkan kandungan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang...

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd