• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBSNT Bersedia Dipilih Lokasi Mesyuarat FAM

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia memberi kerjasama sekiranya dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Besar yang juga Presiden PBSNT Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mempersiapkan kemudahan yang diperlukan FAM jika Terengganu dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan badan induk itu.

Katanya jawatankuasa baharu badan induk itu juga diberi peluang meninjau dan menambah kekurangan yang terdapat di stadium yang dijadikan gelanggang pertandingan bola sepak.

“Cadangan Presiden FAM untuk mengadakan Mesyuarat EXCO FAM di setiap negeri merupakan langkah yang bagus dan kami sambut baik serta tawarkan diri kepada badan induk itu untuk mengadakan mesyuarat pengurusan FAM di sini.

“Kami mengalu-alukan keputusan seumpama itu kerana masing-masing dapat bertukar pendapat selain melihat dengan lebih dekat seterusnya memberi pandangan berkenaan kemudahan yang diperlukan,” katanya selepas majlis PBSNT Bersama Penyokong, Penaja dan Media di Duyong Marina & Resort, di sini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata pelantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia yang baharu, mampu mengembalikan kegemilangan skuad negara di persada antarabangsa.

Jelasnya pengalaman TMJ sepanjang menerajui JDT cukup ketara berdasarkan kejayaan yang dilakar pasukan itu sejak kebelakangan ini.

“Saya yakin Tunku adalah individu paling tepat untuk menduduki kerusi tertinggi FAM itu.

“Semua pihak mengharapkan barisan baharu FAM ini dapat menyuntik semangat luar biasa terutama dalam memartabatkan liga kebangsaan dan pasukan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMPBSNT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd