• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Mencuri Dalam Masjid Di Ipoh

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun petang semalam kerana dipercayai mencuri beg tangan seorang wanita di sebuah masjid, di Meru, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata berdasarkan hasil siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan, suspek berjaya ditahan di perkarangan masjid kira-kira 2.15 petang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 9.21 pagi Sabtu lalu, seorang suri rumah berusia 61 tahun kehilangan beg tangannya ketika masuk ke bilik air masjid tersebut.

“Mangsa meninggalkan beg tangannya di luar kawasan bilik air dan mendapati beg tangan yang mengandungi kad pengenalan, telefon bimbit dan wang tunai telah hilang sejurus keluar dari bilik air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sum berkata polis turut merampas sebuah motosikal, sepucuk pistol angin jenama Colt, beg silang berwarna hitam serta empat dompet pelbagai warna.

Beliau berkata suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dan perintah buang daerah (PCO).

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang KeongMencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd