• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Usia Beli, Jual Rokok Dicadang Kepada 21 Tahun

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21 tahun berbanding 18 tahun ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata perkara itu merupakan antara intipati cadangan dimasukkan dalam undang-undang baharu yang akan dibentang di Dewan Rakyat selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Kita telah cadang dan menyerahkan kepada pegawai undang-undang kita untuk dikaji dan urusan telah dibuat dengan semua pemegang taruh,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berkenaan usaha kerajaan menangani fenomena perokok pasif.

Perokok pasif ialah mereka yang tidak merokok namun menghirup asap rokok daripada mereka yang merokok di sekitarnya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang melihat cara pengiklanan syarikat rokok khususnya di premis menjual makanan.

“Kalau kita pergi kedai nasi kandar sebagai contoh, di belakang kaunter ada penuh rokok, ini kita sedang kaji sama ada boleh masuk dalam akta baharu ini, larangan meletak rokok di belakang kaunter sebagai iklan,” katanya.

Menurut Dr Hilmi, kawalan hasil tembakau pada masa ini tertakluk di bawah Akta Kawalan Makanan 1983.

Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai sejauh mana kejayaan kempen anti merokok dijalankan kerajaan, Dr Hilmi berkata kajian mendapati kadar penurunannya tidak signifikan.

Beliau berkata Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus.

“Saya mengakui kempen kurang berjaya, beza sikit sangat, 0.6 peratus amat rendah, bagaimanapun kita takkan putus asa,” katanya. – BERNAMA

Tags: merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd