• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Bola Sepak Argentina Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES – Pemain bola sepak Argentina, Franco Nieto yang dipukul dan dibaling batu oleh kumpulan samseng, Sabtu lalu meninggal dunia di hospital, semalam.

Dia terpaksa menjalani pembedahan, Selasa lalu selepas mengalami kecederaan teruk dan ketua polis tempatan, Fabian Bordon memberitahu tiga orang ditahan berhubung serangan berkenaan tempoh hari.

Nieto, 33, adalah kapten pasukan sebuah kelab wilayah, Tiro Federal. Dia diserang kumpulan samseng selepas perlawanan menentang musuh tradisi, Chacarita Juniors di bandar Aimogasta.

Perlawanan dihentikan 15 minit sebelum tamat permainan dan pengadil bertindak membuang lapan pemain yang bergaduh.

Menurut saudara mangsa itu, Pablo Nieto, tiga orang mengepung pemain itu ketika dia berjalan menuju ke kereta bersama isteri dan bayi mereka berusia sebulan.

Kumpulan samseng itu menendang dan menumbuk Franco sebelum salah seorang daripada mereka membaling batu yang terkena kepalanya. Dia tidak sedarkan diri selepas itu.

Tahun ini, 15 orang meninggal dunia berhubung keganasan bola sepak di Argentina. – BBC Sport

Tags: Argentina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

Argentina Sahkan Kes Pertama Cacar Monyet Di Latin Amerika

28/05/2022
0

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan pengembara yang pulang selepas mengunjungi Sepanyol. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd