• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu, Anak Ditahan Curi Barangan Di Pasar Raya

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya ditahan polis dipercayai mencuri pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM1,300 di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt. Noor Hashim Mohamad berkata kedua-duanya yang berumur 58 dan 30 tahun ditahan kira-kira 1 tengah hari oleh pengawal keselamatan pasar raya terbabit sebelum melaporkan kepada polis kira-kira 5.30 petang.

“Kedua-dua suri rumah itu ditahan di pintu keluar pasar raya itu bersama sebuah troli berisi barangan terbabit yang dimasukkan di dalam beg plastik.

“Antara barangan yang dicuri termasuk dua paket beras, dua botol minyak masak, pencuci pakaian, mainan, beberapa helai pakaian kanak-kanak serta beberapa ketul sabun mandi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mereka datang dari Batu Pahat dan mengaku mencuri kesemua barangan terbabit.

Beliau berkata wanita berusia 30 tahun itu mempunyai tiga anak termasuk seorang bayi berumur sembilan bulan.

Katanya kedua-duanya yang negatif dadah dipercayai pernah melakukan perbuatan sama di premis lain dan mereka kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dalam kes lain, Noor Hashim berkata pihaknya berjaya menahan empat lelaki, malam tadi, yang dipercayai terlibat mencederakan dan memeras ugut seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada 23 Mac.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 20 hingga 31 tahun itu ditahan kira-kira 9.50 malam tadi di beberapa premis rumah kedai di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini.

“Polis mengesan kesemua mereka selepas menerima laporan daripada seorang wanita, pada 24 Mac yang mendakwa anak lelakinya dipukul sekumpulan lelaki di Ladang Kelapa Sawit di Pulai Jaya, di sini.

“Sebelum meninggalkan remaja lelaki terbabit, kumpulan lelaki tersebut turut memegas ugut dengan meminta RM5,000 sebagai balasan menyebabkan adik kepada seorang daripada mereka ditangkap polis,” katanya.

Menurut Noor Hashim, hasil siasatan awal, kesemua mereka yang didapati negatif dadah itu mengaku memukul, memeras ugut serta merakam video semasa memukul dan mengikat remaja lelaki terbabit.

Polis turut merampas satu telefon bimbit berserta dua simkad daripada mereka dan mereka kini akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 dan 385 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Kes Curimahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd