• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek PSN Tanjung Dawai Sedia Diduduki Mei Ini

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai yang mengandungi 300 unit rumah kini siap sepenuhnya dan dijangka boleh didiami menjelang Mei ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, projek yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 itu akan membolehkan keluarga nelayan di kawasan terbabit menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

“Walaupun sebelum ini berlaku kelewatan dari segi teknikal namun semuanya sudah diatasi dan kita jangkakan penyerahan kunci akan dibuat sebelum bulan Ramadan, oleh Perdana Menteri.

“Setakat ini, 50 peratus daripada unit terbabit sudah mempunyai pemilik manakala selebihnya masih dalam proses tapisan (permohonan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Kawasan Tanjung Dawai di sini, hari ini.

Tambahnya, selain pembinaan rumah berkembar satu tingkat (semi-D), projek itu turut dilengkapi empat unit kedai, sebuah surau, sebuah dewan, sebuah tadika, gelanggang futsal, dan taman permainan.

“Kos pembinaan projek ini dianggarkan sebanyak RM48 juta, tidak termasuk proses pengambilalihan tanah.

“Bagaimanapun nelayan yang terpilih menduduki rumah ini hanya perlu membayar tidak sampai RM150 sebulan kerana kos selebihnya ditanggung kerajaan menerusi subsidi,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah menyerahkan Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM240,350 kepada 843 nelayan kawasan Tanjung Dawai. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd