• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Nicol Buru Gelaran Ke-6 Di British Berakhir

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran keenam dalam kejohanan Skuasy Terbuka British yang sedang berlangsung, berakhir apabila pemain nombor tujuh dunia itu mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan separuh akhir lewat Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas 8-11, 11-7, 11-13 dan 7-11 kepada pemain pilihan ketujuh, Sarah-Jane Perry dari England dalam pertemuan 56 minit yang berlangsung di Airco Arena di Hull, England.

Untuk rekod, Nicol muncul juara dalam kejohanan itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Kemenangan ke atas Nicol menyaksikan Perry akan berentap dengan rakan senegaranya, Laura Massaro dalam pertandingn akhir pada Ahad.

Massaro, pemain pilihan kelima menempah tempat itu menerusi kemenangan sensasi 3-2 (5-11, 7-11, 11-5, 11-3 dan 11-6) ke atas pemain pilihan utama dan juara bertahan, Nour El Sherbini dari Mesir dalam empat pertemuan sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Kejohanan Skuasy DuniaNicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd