• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Minta SPRM Siasat Sumbangan Raja Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ada memberi sumbangan kepada pemimpin negara ini sewaktu lawatan baginda ke Malaysia bulan lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, SPRM perlu menyiasat sumbangan oleh Raja Arab Saudi kepada pemimpin Malaysia bagi memerangi rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.

“Raja Arab Saudi sewaktu melawat Indonesia memberi sumbangan berpuluh juta ringgit kepada pemimpin negara Islam itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) meminta semua pegawai Indonesia melaporkan sumbangan tersebut.

“Mengapa SPRM tidak mengambil tindakan sama meminta pegawai Malaysia memaklumkan sumbangan yang mereka terima daripada Arab Saudi sewaktu lawatan Salman ke Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam kenyataan sama berkata, Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara demokrasi yang normal seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Australia dan Korea Selatan.

Sementara itu, beliau mendakwa Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa merupakan seorang ahli politik `low-class’ dan tidak bertanggungjawab kerana menganjurkan pertandingan esei mengenai beliau seorang ahli politik anti-Islam dan rasis.

Semalam, Wanita DAP Selangor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi meminta polis mengambil tindakan ke atas Annuar kerana menganjurkan pertandingan itu.

“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak professional dan wajib disiasat oleh pihak polis oleh kerana ia adalah satu tindakan yang berniat untuk menghasut dan memecahbelahkan keamanan rakyat berbilang kaum,” dakwa Wanita DAP Selangor.

Ironinya, pemimpin DAP selama ini sering menyebarkan dakyah UMNO adalah parti rasis hanya kerana parti itu memperjuangkan kepentingan kaum Melayu negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPRaja Salman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd