• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Ke Separuh Akhir Terbuka Britain

oleh Ahmad Albab
25/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan prestasi cemerlangnya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Britain apabila mara ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Airco Arena, Hull, England.

Pemain nombor tujuh dunia itu yang juga pilihan keenam kejohanan, mengejutkan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Britain 2015, Camille Serme dari Perancis dalam perlawanan suku akhir lewat malam tadi.

Nicol mengambil masa 39 minit untuk menyingkirkan Serme 11-6, 11-6, 11-8 dan merupakan kemenangan ke-15 beliau ke atas pemain berusia 27 tahun tersebut dalam kejohanan Siri Dunia Persatuan Skuasy Profesional.

Mengulas kemenangannya, Nicol berkata beliau bermain tanpa rasa tertekan dan mencurahkan segala kemahiran yang ada untuk menundukkan Serme yang merupakan pilihan dalam perlawanan itu susulan kejayaannya merangkul dua kejuaraan Siri Dunia Terbuka Amerika Syarikat 2016 dan Kejohanan Juara-juara awal musim ini.

“Beliau menikmati musim yang baik dengan memenangi beberapa kejohanan Siri Dunia, sedangkan saya pula tidak rugi apa-apa. Saya bermain dengan cara saya dan curahkan segala yang saya tahu dan usaha saya berhasil. Saya sangat gembira,” katanya dipetik oleh laman sesawang kejohanan www.allambritishopensquas2017.com.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan berusaha melakukan perkara sama dalam perlawanan separuh akhir nanti.

Nicol yang membuat penampilan separuh akhir pertama dalam Jelajah Siri dunia sejak Terbuka Hong Kong pada Ogos lalu akan bertemu pemain tuan rumah Sarah-Jane Perry untuk menempah slot ke final pada Ahad.

Perry yang juga pilihan ketujuh kejohanan, mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan pilihan ke-15 Donna Urquhart dari Australia dalam permainan lima set dengan catatan 11-4, 7-11, 13-11, 6-11 dan 11-4. – BERNAMA

Tags: Kejohanan Skuasy DuniaNicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd