• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Orang Luar’ Jangan Masuk Campur Hal Ehwal Johor

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor mengingatkan pihak yang tidak berkenaan agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Johor atau bimbangkan ekonomi negeri itu.

Pengerusinya Datuk Samsol Bari Jamali berkata Johor tidak memerlukan ‘orang luar’ (pembangkang) untuk mengajar pemimpin negeri mentadbir.

“Kita Bangsa Johor, kita bangga dengan Johor dan ada ‘cara Johor’. Perlu dijelaskan, jangan ada orang yang mahu campur tangan di Johor,” katanya berucap pada Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku P.150 Batu Pahat, di sii malam tadi.

Hadir sama menyampaikan ceramah ialah Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong; Pengerusi MIC Johor, Datuk M. Asojan; Pengerusi MyPPP Johor, Datuk Dr S. Sivakumar dan Pengerusi Gerakan Johor, Datuk Teo Kok Chee.

Samsol Bari yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor berkata negeri itu mempunyai pemimpin berkaliber sebagai menteri besar.

Katanya dalam tempoh lima tahun, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membawa pelbagai pembangunan untuk kemudahan rakyat terutamanya dalam menyediakan perumahan menerusi Rumah Mampu Milik Johor.

Selain itu kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semarang tersebut Johor juga mempunyai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat baginda.

“Jadi, apa kegagalan kerajaan Johor yang dikatakan pembangkang?” katanya.

Justeru beliau menasihati rakyat Johor agar tidak menerima hasutan pembangkang secara membuta tuli.

“Apa yang hendak diharapkan dengan Pakatan Harapan sedangkan mereka tidak boleh diharap. Pilihan kita tiada lain selain BN. Di Johor, kita komited unjukkan rakyat bahawa BN yang dipelopori UMNO, MCA, MyPPP dan Gerakan boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bangsa JohorBNBBC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd