• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘Geng Sashi’ Samun Warga Asing

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis memberkas tiga lelaki yang aktif menyamun warga asing di daerah ini sejak empat bulan lepas menerusi tangkapan berasingan di Pahang dan di sini dalam minggu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dikenali ‘Geng Sashi’, tiga lelaki berusia 17, 21 dan 23 tahun tersebut dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun warga asing.

Polis menerima laporan empat kes samun membabitkan warga asing yang dipercayai dilakukan oleh geng ini dan susulan itu polis melancarkan operasi serta berjaya menahan seorang lelaki di Temerloh, Pahang pada Selasa.

“Tangkapan di Temerloh melibatkan suspek berusia 23 tahun yang dipercayai ketua kumpulan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Soal siasat ke atas suspek membawa kepada penangkapan dua lagi yang berusia 17 dan 21 tahun di sini semalam, kata Shafien.

Beliau berkata dalam tangkapan berkenaan, polis turut merampas sejumlah wang tunai, telefon bimbit, telefon bimbit, lampu strob serta sebuah kereta Toyota Vios.

Katanya kumpulan itu menyasarkan kilang yang mempunyai ramai pekerja asing termasuk di Taman Sri Muda di sini dan melakukan kegiatan samun pada awal pagi.

“Ketiga-tiga lelaki ini menaiki sebuah kereta Vios yang mempunyai lampu strob dan mereka akan menahan pekerja asing sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Mereka akan berpura-pura melakukan pemeriksaan dokumen sebelum menyamun apa sahaja barangan daripada warga asing terbabit termasuk wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan beberapa barangan berharga,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut turut menunjukkan suspek telah menjual telefon bimbit yang disamun di beberapa buah kedai telefon bimbit di pusat beli-belah di Seksyen 14 di sini.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai pekerja kedai telefon bimbit terbabit kerana membeli telefon bimbit curi dan menjual semula kepada orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki yang juga suspek utama kes pecah rumah di Seksyen 7 pada Selasa lepas.

Shafien berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 23 tahun oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Persiaran Raja Muda di sini.

Beliau berkata lelaki itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan tujuh kes pecah rumah yang dilaporkan awal tahun ini melibatkan kerugian kira-kira RM62,000.

“Hasil siasatan lanjut kita mendapati suspek ini mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk dikehendaki polis bagi perbicaraan kes rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Geng Sashikes samunwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd