• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Sebak Kongsi Berita Pemergian Suami

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Allahu Akbar, lihat cuaca, tenang dan sejuk sangat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosa arwah,” kata penyanyi Nora Ariffin yang berkongsi berita pemergian suaminya, Johan Nawawi, awal pagi Jumaat.

Menerusi perkongsian Nora di laman Instagramnya, dia memaklumkam suaminya yang merupakan  komposer terkenal tanah air meninggal dunia pada jam 6.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

“Johan Nawawi kembali ke rahmahtullah, jenazah akan disemadikan di masjid Kampung Tunku sebelum jumaat atau selewat-lewatnya selepas jumaat,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dengan lebih 55, 402 tontonan dalam masa dua jam di muat naik.

Netizen turut mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ada juga netizen yang terkejut dengan berita berkenaan dan berharap Nora dan keluarga bersabar serta tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

Johan, 52, dibawa ke pusat perubatan SJMC susulan keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.

Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti ‘Erti Al-Fatihah’, nyanyian Putri iaitu anaknya, lagu tersebut hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah.

Johan turut banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis meninggal duniaJohan Nawawinora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Astro...

Pelakon Veteran Idris Mat Diah Meninggal Dunia

14/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku 2', meninggal dunia awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd