• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Pertanian Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penolong pegawai Jabatan Pertanian Kelantan maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 15, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang, dekat Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Jamalani Mohd Isa berkata dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Che Mahmood, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Dua rakannya, yang bertugas di Jabatan Pertanian Kelantan dan Jabatan Pertanian Selangor, mengalami kecederaan masing-masing di pinggang dan calar-calar di badan, katanya.

“Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati Mohd Fauzi menaiki kereta jenis Perodua Kembara bersama dua rakan sekerjanya dari arah Kupang, Kedah menghala ke Gerik,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian yang berdekatan lokasi tanah runtuh, sebuah kereta jenis Perodua Alza dipercayai memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta dinaiki mangsa, katanya.

“Akibat pelanggaran itu, kereta dinaiki mangsa dan rakannya terbabas sebelum jatuh ke dalam kawasan tanah runtuh dan tersangkut di penghadang besi sebelah kiri jalan menghala ke Gerik.

“Mangsa yang tersepit di tempat penduduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang wanita, 45, yang menaiki kereta Perodua Alza mengalami patah tulang rusuk kanan.

Jamalani berkata mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gerik dan Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd