• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#BolehBincang Peluang Peminjam PTPTN Berunding

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan kempen #BolehBincang bagi memberi peluang peminjam berunding mengenai masalah bayaran balik pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kempen itu juga bertujuan memberitahu peminjam bahawa PTPTN sentiasa terbuka untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka berkaitan amaun tunggakan atau amaun ansuran bulanan.

“Melalui kempen #BolehBincang ini, peminjam PTPTN boleh berbincang dan berunding dengan pihak kami melalui pelbagai saluran perbincangan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu, di sini hari ini.

Katanya peminjam boleh berbincang dengan lebih 500 eksekutif pemasaran PTPTN di seluruh negara yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dan berjumpa di mana sahaja mengikut kesesuaian peminjam.

“Peminjam boleh mendapatkan nombor telefon eksekutif kami melalui portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) untuk memperoleh khidmat nasihat dan rundingan,” katanya.

Shamsul Anuar berkata perbincangan juga boleh dilakukan di semua 70 pejabat dan cawangan PTPTN yang berhampiran di seluruh negara termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta pusat beli-belah terpilih.

“Kita juga telah membuka Kaunter PTPTN di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang beroperasi 24 jam bagi memberi kemudahan kepada peminjam PTPTN, terutama mereka yang akan ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata semasa perbincangan, peminjam akan ditawarkan penstrukturan semula pinjaman termasuk peminjam dibenarkan membuat ansuran bayaran balik yang lebih rendah mengikut kemampuan mereka melalui pemanjangan tempoh bayaran balik.

“Namun begitu, ia tertakluk kepada jumlah ansuran minimum peminjam iaitu antara enam hingga lapan peratus daripada pendapatan kasar dan had umur yang telah ditetapkan,” katanya.

Shamsul Anuar berkata kaedah penstrukturan semula peminjam di bawah pinjaman konvensional adalah pertukaran kepada pinjaman Ujrah yang akan memberikan penjimatan kos hampir 50 peratus kepada peminjam.

“Dalam membuat penstrukturan semula pinjaman, peminjam juga tertakluk untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan.

“Bagi peminjam yang mempunyai tunggakan atau tidak pernah membuat bayaran balik, mereka perlu membuat bayaran pendahuluan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah tunggakan sebagai komitmen daripada peminjam,” katanya.

Bagi peminjam yang membuat bayaran balik mengikut jadual dan ingin membuat pertukaran Ujrah, tiada sebarang bayaran pendahuluan dikenakan.

Pinjaman Ujrah merupakan skim pinjaman berlandaskan prinsip syariah yang mengenakan upah satu peratus setahun pada kadar rata berbanding pinjaman konvensional yang mengenakan kos pentadbiran tiga peratus atas baki prinsipal berkurang. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd