• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Filipina Selamatkan 2 Rakyat Malaysia Diculik

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada Julai tahun lalu dilaporkan diselamatkan tentera Filipina oleh sebuah portal berita negara itu, Otago Daily Times.

Portal itu memetik kenyataan Komander kawasan Mindanau Barat Major General Carlito Galvez Jr. bahawa Tayudin Anjut, 45, dan Abdul Rahim Summas, 62, diselamatkan di kawasan perairan Pulau Pata, Wilayah Selatan Sulu.

Menurut laporan portal berita berkenaan, semasa diselamatkan, kedua-dua rakyat Malaysia itu dalam keadaan lemah dan sakit.

“Doktor perubatan tentera sedang merawat mereka di hospital kami,” kata Galvez yang dipetik portal berita itu hari ini tanpa menyebut bila dan bagaimana kedua-dua mangsa culik itu dibebaskan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memeriksa kesahihan laporan itu.

“Kami sedang mendapatkan pengesahan (daripada pihak berkuasa Filipina),” katanya.

Tayudin Anjut dan Abdu Rahim Summas merupakan antara lima nelayan rakyat tempatan yang dilaporkan hilang,dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 18 Julai tahun lalu, di kawasan perairan Lahad Datu, ketika keluar menangkap ikan.

Turut dilaporkan hilang ialah Mohd Zumadil Rahim, 23, Fandy Bakran,26, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, – BERNAMA

Tags: abu sayyafkes culik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Sumbang RM5 Juta Kepada CuepacsCare

Next Post

Malaysia Kekal Terbuka Ke Atas TPP – Mustapa

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

Next Post

Malaysia Kekal Terbuka Ke Atas TPP - Mustapa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd