• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Beri Golongan Muda Tanah Untuk Pertanian

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kerajaan Terengganu sedang mengenal pasti tanah terbiar milik kerajaan di seluruh negeri untuk diberikan kepada rakyat yang berminat bercucuk tanam dengan memberikan Lesen Menduduki Sementara (LMS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas tani, Komoditi dan Perladangan Negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata tawaran akan diberikan kepada mereka dengan tidak mengira had umur sebaik sahaja proses mendapatkan data tanah yang kosong itu selesai tidak lama lagi.

Katanya, usaha itu juga adalah bagi menarik lebih ramai golongan muda di negeri ini terlibat dalam industri pertanian yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan.

“Mereka yang berjaya akan dibantu dari segi teknikal, punca modal dan pengurusan tanah oleh agensi kerajaan yang berbabit mengikut jenis tanaman yang mereka usahakan.

“Kerajaan bagaimanapun menggalakkan jenis tanaman jangka pendek yang boleh memberikan pulangan yang baik seperti nanas, tembikai, limau atau sayur-sayuran yang boleh memberikan hasil segera,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan minum pagi dengan penoreh getah anjuran RISDA daerah Besut di Kampung Alor Saji, Bukit Kenak di sini hari ini.

Muhammad Pehimi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata selaras dengan itu, kerajaan negeri akan menganjurkan Seminar Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Pertanian April ini bagi menarik lebih ramai golongan muda terlibat dalam sektor pertanian.

“Selain daripada usaha untuk menarik golongan muda dalam bidang pertanian bersesuaian dengan kehendak agama yang menggalakkan umat Islam berniaga ia juga bertujuan untuk mengubah minda golongan muda yang lebih berminat bekerja makan gaji.

“Kami berhasrat untuk melahirkan golongan muda yang mempunyai kelulusan tinggi dan berjaya dalam bidang perniagaan tani yang mampu memberikan pulangan tinggi kepada mereka seperti di Jepun dan China,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Muhammad Pehimi YusofPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd