• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Pastikan Rumah Impian Bangsa Johor Berjaya

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

Baginda bertitah ini ekoran lembaga pemilihan akan ditubuh untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan .

“Oleh itu, jangan melobi saya untuk dapat rumah tersebut,” titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda, di Istana Besar hari ini.

Menurut Sultan Ibrahim, projek berkenaan merupakan hadiah daripada baginda untuk membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.

Baginda menambah harga jualan rumah itu adalah dalam lingkungan RM100,000 sahaja dan bayaran deposit pembeliannya pula hanya RM1 dengan pembiayaan 100 peratus daripada Bank Rakyat.

Projek itu, yang bakal dilaksana di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) dan Bank Rakyat, dilancarkan oleh baginda semalam dan akan dibangunkan di tiga kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Bandar Dato’Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, di Bandar Dato’ Onn, projek itu akan dibina di kawasan seluas 21.32 hektar melibatkan lebih 520 unit rumah.

Rumah-rumah di kawasan itu terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan rumah sesebuah dan dijual antara RM80,000 sehingga RM100,000 dengan pembinaan bermula sebelum hujung tahun ini.

Sementara itu, sejumlah 320 unit rumah terdiri daripada dua blok kediaman, masing-maisng mempunyai 12 tingkat, akan dibina di tanah seluas 2.75 hektar di Bandar Baru Majidee.

Dengan harga kurang daripada RM150,000 seunit, kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Selain itu, sebuah projek lagi melibatkan 1,000 unit rumah sedang dirancang di tanah rizab Melayu, seluas 3.055 hektar di kawasan Bukit Saujana.

Harga jualan dijangkakan daripada RM297,000 hingga RM420,000. – BERNAMA

Tags: RumahSultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd