• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dihalang Hadiri Majlis Pelajar UIA Esok?

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak membenarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri satu majlis di universiti itu esok.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Anwar berhasrat menghadiri majlis itu kerana mahu memenuhi jemputan persatuan pelajar UIAM supaya berucap dalam majlis berkenaan.

“Kami kesal dengan campur tangan keterlaluan pentadbiran UIAM yang menghalang Anwar daripada hadir memenuhi jemputan persatuan pelajar universiti itu untuk berucap dalam satu majlis yang bakal dilangsungkan esok.

“Lebih mengejutkan, AMK dimaklum wujud campur tangan daripada pihak Bukit Aman untuk memastikan halangan ini dikuatkuasakan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi mendakwa perkara itu tidak sepatutnya berlaku pada waktu banyak universiti di peringkat antarabangsa, termasuk Oxford, Georgetown dan Stanford mengundang beliau berucap dan menjadi tenaga pengajar jemputan.

Beliau turut mendakwa, Anwar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pendidikan Dunia Islam yang merupakan satu penghormatan dan perakuan terhadap sumbangan, pengalaman dan ilmu beliau.

Dakwa beliau, pentadbiran UIAM gagal menghayati semangat kebebasan akademik dan mengiktiraf bahawa semua wakil rakyat baik di peringkat Persekutuan atau negeri adalah sebahagian daripada anggota badan legislatif.

“AMK menyeru pentadbiran UIAM bersikap profesional dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam mempertahankan budaya ilmu dan mengangkat martabat universiti,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimUIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd