• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Impian Bangsa Johor ‘Hadiah Sultan Johor’

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga hasil cetusan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menyaksikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki rumah sendiri daripada serendah RM80,000.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata inisiatif itu bukan setakat satu projek perumahan semata-mata tetapi ia adalah satu inovasi baharu dalam sektor perumahan yang boleh menjadi pencetus perubahan dalam sektor itu.

“Ini kerana, Rumah Impian Bangsa Johor bukan sahaja dijual pada harga berpatutan malah jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekarang.

“Semua ini adalah hasil cetusan idea daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri malah bagaikan hadiah kepada sekalian rakyat Johor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran inisiatif berkenaan di Galleria Kota Raya hari ini.

Turut berkenan mencemar duli ke majlis itu Sultan Ibrahim serta Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan exco kerajaan negeri turut hadir.

Prihatin dengan sesetengah rakyat yang mungkin dihimpit dengan kekangan kewangan, Yayasan Sultan Ibrahim juga bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk kemudahan pembiayaan kepada bakal pembeli.

“Bagi tujuan itu, Bank Rakyat bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM500 juta untuk kemudahan pembiayaan rumah berharga daripada serendah RM80,000 seunit dalam program ini.

“Lebih menarik lagi, pembeli yang layak hanya perlu membayar wang deposit serendah RM1 dengan tawaran pinjaman 100 peratus,” kata beliau.

Kamaruzzaman berkata projek itu akan dilaksanakan oleh syarikat dalam kumpulannya, Johor Land Bhd secara usahasama dengan dua syarikat lain di dua kawasan iaitu Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee.

Di Bandar Dato’ Onn, projek itu yang akan dikategorikan sebagai Rumah Impian Sultan Ibrahim, akan dibina di atas kawasan seluas 21.32 hektar melibatkan lebih 520 unit rumah.

Harga rumah di kawasan itu yang terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan rumah sesebuah bermula daripada RM80,000 sehingga RM100,000, dijangka mula dibina sebelum hujung tahun ini.

Sementara itu, sejumlah 320 unit rumah terdiri daripada dua blok kediaman, masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman, akan dibina di atas tanah seluas 2.75 hektar di Bandar Baru Majidee.

Dengan harga kurang daripada RM150,000 seunit, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Selain itu, Kamaruzzaman berkata sebuah projek lagi sedang dirancang oleh Mutiara S’City Sdn Bhd di tanah rizab Melayu di kawasan Bukit Saujana, seluas 3.055 hektar melibatkan 1,000 unit rumah.

Harga jualan dijangkakan daripada RM297,000 hingga RM420,000.

“Lebih menarik, kesemua jenis rumah dengan harga jualan berpatutan ini akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan cook top. Ini sekali gus menggambarkan kesesuaian gelarannya sebagai Rumah Impian Bangsa Johor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Kamaruzzaman Abu KassimRumahSultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd