• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kestabilan Sarawak: Soon Kai Beri Sumbangan Besar

oleh AK-47
22/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr Wong Soon Kai merupakan kehilangan besar bagi negeri ini kerana mendiang banyak menyumbang kepada kestabilan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Wong, yang pernah menyandang jawatan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), banyak mengemukakan idea baharu ketika beliau bergiat dalam bidang politik.

“Ketika beliau mula menyertai politik, keadaan kami tidak begitu stabil. Kemudian, beliau banyak mengemukakan idea baharu dan apabila negeri ini stabil, beliau memberi tumpuan pula terhadap pembangunan.’

“Paling penting, beliau membawa masyarakat Cina menyertai proses pembangunan kami,” katanya.

Abang Johari, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China dan Hong Kong, berkata demikian melalui WhatsApp kepada media tempatan di sini hari ini.

Wong, 90, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 4 pagi ini.

“Beliau adalah pemimpin yang berpandangan jauh dan adil. Saya ingin nyatakan sekali lagi bahawa pemergian beliau adalah kehilangan besar bagi negeri ini,” kata Abang Johari, yang dijangka memberi penghormatan terakhir kepada Wong tengah hari Jumaat ini.

Sementara itu, upacara memberi penghormatan terakhir terhadap Wong akan diadakan Jumaat ini, bermula 7 pagi di kediamannya, No: 2, Jalan Tabuan di sini.

Pada Sabtu, upacara pengurusan jenazah akan diadakan di Gereja Trinity Methodist, Jalan Ellis, dan disusuli upacara pengebumian di Nirvana Memorial Park di sini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr Wong Soon Kai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd