• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAIC Siasat Dakwaan Kejadian Rogol Di Depot Imigresen

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan berlakunya kejadian rogol ke atas tahanan warga Thailand di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka.

Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata pihaknya memandang berat dakwaan yang dibuat oleh pengadu dan akan menjalankan siasatan dengan telus, tanpa prejudis dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Beliau berkata siasatan EAIC adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat salah laku dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia dan ketidakpatuhan ke atas Prosedur Tetap Operasi Depot.

“Siasatan itu juga akan dilakukan berdasarkan Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan orang tahanan Imigresen di depot terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yaacob berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwa seorang wanita warga Thailand mendakwa kakaknya dirogol seorang anggota Jabatan Imigresen negeri ketika proses rakaman percakapan di depot berkenaan, dua minggu lalu.

Dalam pada itu, EAIC juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan berkaitan kesalahan jenayah rogol berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh pengadu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Imigresenkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd