• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Akui Kesilapan Perjanjian Lembah Sireh

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa kerajaan Kelantan melakukan kesilapan semasa memeterai perjanjian dengan syarikat pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd bagi pembangunan Lembah Sireh.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli negeri berkata bagaimanapun, kerajaan negeri telah mengadakan rundingan semula dengan syarikat berkenaan bagi mewujudkan situasi yang memanfaatkan kedua-dua pihak.

“Kita buat beberapa perubahan (terhadap perjanjian awal) kerana terdapat beberapa isu besar. Kerajaan sepatutnya menyerahkan 1,000 hektar kepada pemaju tetapi setelah usaha dibuat, kita hanya dapat serah 700 hektar sahaja.

“Hasil perbincangan itu, syarikat itu bersetuju untuk menyerahkan sumbangan sebanyak RM148 juta kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai dakwaan kegagalan tujuh janji yang dikemukakan syarikat pemaju itu bagi membangunkan Lembah Sireh.

Terdahulu, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) bertanya mengenai status terkini pembayaran syarikat pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd bagi pembangunan Lembah Sireh kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Md Alwi ketika ditemui di luar ketika dewan, berkata kerajaan Kelantan perlu berhati-hati ketika menerima tawaran daripada pihak swasta yang ingin turut serta dalam memajukan negeri ini.

Beliau berkata ini bagi mengelak kerajaan negeri ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mencari keuntungan semata-mata.

Pada 2003, Kerajaan Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi membangunkan Lembah Sireh.

Mengikut perjanjian itu, Liziz Standaco Sdn Bhd akan membina beberapa infrastruktur seperti mini stadium tertutup khusus untuk kaum wanita, jambatan dan masjid. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan Jawatan Agong

07/01/2019
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan...

Bubar UMNO Yang Sudah Tiada Masa Depan – Mohd Amar

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd