• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Akui Ketirisan Pungutan Doket Pasir

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengakui berlakunya ketirisan dalam pungutan doket (cukai) hasil pasir di negeri ini.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri mempergiat penguatkuasaan pungutan doket, yang mendapat kerjasama daripada para pengusaha pasir di negeri ini.

“Pada 2015, hasil kita ialah RM600,000 lebih tetapi untuk dua bulan pertama tahun ini, selepas pelbagai penguatkuasaan serius dilakukan, kita berjaya memperoleh RM800,000.

“Dengan purata RM400,000 sebulan, kerajaan menjangka pembayaran doket untuk 2017 adalah sebanyak RM4.8 juta. Harga bagi setiap doket adalah RM1.65 setiap satu tan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) yang bertanyakan mengenai ketirisan pungutan doket pengeluaran pasir di negeri ini.

Terdahulu, Hanifa menjawab soalan dikemukakan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang meminta senarai syarikat yang berjaya mendapat tender terbuka dalam perusahaan pasir di seluruh kelantan untuk 2017.

Sementara itu, Md Alwi ketika ditemui pemberita di luar dewan, berkata tuduhan PAS yang mendakwa berlakunya ketirisan di peringkat kerajaan Persekutuan kini terpalit kepada mereka pula.

“Bukan UMNO sajalah yang tiris selama ini, mereka (PAS) pun tiris jugalah. Maknanya ketirisan berlaku di mana-mana.

“Jadi, saya sebagai pembangkang kena tunjuklah mana tiris tu. Saya dah tunjuk, kerajaan negeri kena baikilah,” katanya. – BERNAMA

Tags: pasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin

Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin

03/08/2022
0

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (Ketsa) menegaskan semua aktiviti yang boleh menjejaskan alam sekitar termasuk kelulusan pengambilan pasir dan mineral...

Ais Mencair, Greenland Bakal Jadi Pengeksport Pasir

13/02/2019
0

OSLO - Meskipun pencairan ais di Greenland kini berada pada tahap membimbangkan akibat pemanasan global, kepulauan itu kini dijangka memulakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd