• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lokasi Baharu Disahkan Positif H5N1 Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada lokasi baharu disahkan positif virus selsema burung (H5N1) di Kelantan semalam, kata Jabatan Perhidmatan Veterinar.

Setakat ini, keadaannya terkawal dan terhad kepada kawasan dijangkiti yang melibatkan ayam kampung para penternak kecil-kecilan sahaja, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu mengawal wabak berkenaan dalam radius 30 kilometer dari Kampung Pulau Tebu yang melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok di Kelantan.

Sehingga semalam, sebanyak 34,520 ekor ternakan unggas dan 13,969 biji telur telah dilupuskan di negeri itu dalam usaha membendung wabak H5N1 daripada merebak.

Sejumlah 3,262 sampel juga diambil daripada 552 pemilik premis sehingga semalam.

Menurut jabatan itu sebanyak 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan yang melibatkan 43 premis iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (tiga), Tanah Merah (satu), Bachok (satu) dan Pasir Puteh (tiga).

Sekatan jalan raya turut dilakukan di empat lokasi strategik yang dirahsiakan sebagai kawalan pergerakan unggas dari Kelantan bagi memastikan keberkesanan kawalan.

“Negeri-negeri lain kekal bebas dan berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi, selain melakukan pemantauan aktif serta kawalan pergerakan unggas di jalan masuk ke negeri masing-masing,” kata jabatan itu.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu pada 6 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: H5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd