• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemboja Gantung Eksport Susu Badan Ke AS

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Kerajaan Kemboja menghentikan sementara waktu usaha pengeksportan susu badan wanita negara itu oleh sebuah firma Amerika Syarikat (AS).

Arahan dikeluarkan selepas satu laporan mendedahkan sebahagian wanita miskin negara itu sanggup menjadikan kegiatan murni tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.

Syarikat Ambrosia Labs mendakwa menjadi yang pertama mengeksport susu badan dari luar AS untuk golongan ibu di negara Uncle Sam itu yang mahu menambah pengambilan susu bayi atau tidak mampu menghasilkan susu sendiri.

Susu berkenaan dikumpulkan di Kemboja sebelum dibekukan dan dihantar ke AS, di mana ia kemudian dipasturkan dan dijual oleh syarikat yang berpejabat di Utah itu dengan harga AS$20 (RM89) untuk 147 mililiter (ml).

Walau bagaimanapun, jabatan kastam Kemboja semalam mengesahkan bahawa aktiviti pengeksportan dihentikan buat sementara waktu.

“Kami meminta mereka (Ambrosia Labs) untuk menghubungi Kementerian Kesihatan kerana produk itu dihasilkan daripada manusia menyebabkan ia memerlukan kelulusan daripada kementerian terbabit tetapi sehingga kini mereka belum berbuat demikian,” kata Kun Nhem, Ketua Pengarah Kastam dan Cukai kepada AFP.

Katanya, kerajaan merancang untuk berjumpa bagi “membincangkan dasar mengenai produk berkenaan kerana ia isu sensitif.”

AFP telah mengunjungi pejabat Ambrosia Labs di Stung Meanchey, sebuah kawasan miskin di pinggir ibu negara Phnom Penh.

Sebuah pejabat dikenali sebagai Khun Meada telah ditutup dan wanita tempatan yang menjual susu kepada syarikat itu berkata mereka diberitahu perusahaan itu telah digantung tetapi tidak tahu sebab penggantungan tersebut.

Chea Sam, 30, berkata, dia telah menjual susu badannya sejak tiga bulan lalu selepas melahirkan anak lelaki.

“Saya memerah susu enam hari seminggu dan memperoleh antara 30,000 dan 40,000 riel (RM33-RM40) sehari berdasarkan kepada kuantiti susu dihasilkan,” katanya kepada AFP.

“Saya miskin dan menjual susu badan telah banyak membantu saya. Kami sedih apabila mendapat tahu bahawa syarikat itu telah ditutup, kami mahu ianya beroperasi,” katanya.

Tambah Sam lagi, seramai 20 orang wanita tempatan sepertinya memperoleh pendapatan hasil daripada penjualan susu badan tersebut.

Kemboja merupakan salah satu negara paling miskin di Asia dengan purata pendapatan tahunan seorang rakyatnya sebanyak AS$1,160 (RM5,135).

Pihak Ambrosia Labs enggan memberikan sebarang komen.

Namun di dalam satu temubual dengan wartawan berpangkalan di Kemboja yang diterbitkan dalam laman Vice.com minggu lepas, melaporkan pengasas bersama syarikat itu; Bronzson Woods mempertahankan perusahaan tersebut.

Katanya, idea itu muncul semasa dia bekerja di negara itu sebagai seorang mubaligh Mormon dan syarikatnya menyeru wanita tempatan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi memperoleh pendapatan yang stabil.

Di dalam video yang dimuat naik ke akaun YouTube menggunakan nama Khun Meada, seorang lelaki Barat memperkenalkan dirinya sebagai paderi Bronzson Woods meminta kerajaan Kemboja untuk membenarkan semula aktiviti pengeksportan itu.

“Saya yakin bahawa kerajaan di sini memahami kebaikan yang akan diraih oleh warganya jika ianya diteruskan,” katanya sambil memberitahu bahawa syarikat itu pernah dibenarkan untuk mengeksport susu sebanyak enam kali sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Kemboja enggan memberikan sebarang komen berhubung permintaan tersebut. – AFP

Tags: Amerika SyarikatEKSPORTKembojasusu badan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd