• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Melaka Tipu Pajak Tanah RM1 Juta?

oleh
21/03/2017
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Portal tempatan AgendaDaily melaporkan, pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San pernah menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Beliau secara terbuka mendakwa bahawa ada dua bekas rakan dalam parti tersebut, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam aktiviti rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan tersebut melibatkan mangsa kerugian kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu ADUN DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012 – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd