• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Nama Saddam Hussain Sukar Cari Kerja

oleh
21/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sudah lebih 10 tahun pemimpin Iraq, Saddam Hussein dihukum bunuh setelah digulingkan Amerika Syarikat (AS), tetapi namanya masih tetap hidup, bagi seorang warga India.

Saddam Hussain, lepasan sebuah universiti teknologi maritim tempatan, bagaimanapun tidak pernah menyalahkan datuknya yang memberi nama mirip dengan allahyarham diktator Iraq itu ketika dia lahir 25 tahun lalu.

Namun setelah 40 kali permohonan kerjanya ditolak, dia menyimpulkan banyak majikan enggan mengambil dia kerana namanya Saddam Hussain, sedikit berbeza daripada nama bapa tokoh Iraq tersebut, Saddam Hussein.

Justeru dia terpaksa meminta pihak mahkamah agar namanya diubah menjadi Sajid Hussain, tetapi masalah birokrasi melambatkan proses perubahan nama itu sehingga hingga kini dia belum mendapatkan sebarang kerja.

Dua tahun setelah tamat daripada Universiti Nurul Islam di negeri Tamil Nadu, pemuda berasal dari Jamshedpur ini mulai berasa tertekan waima keputusan peperiksaannya ketika di pusat pengajian tinggi itu adalah baik.

“Orang takut mengambil saya sebagai pekerja,” kata Saddam kepada akhbar tempatan Hindustan Times. Dia mendakwa banyak syarikat bimbang konon masalah akan muncul jika mereka berurusan dengan imigresen asing.

Allahyarham Saddam Hussein

Peliknya, Saddam tidak pernah menghadapi kesukaran dengan namanya untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan, pasport, dan pelbagai urusan lain tetapi kini masalah lain pula timbul ekoran nama baharunya itu.

Ini kerana dia menghadapi masalah tidak dapat membuktikan nama Sajid miliknya memang lulusan universiti dinyatakan kecuali dia terpaksa menukar kesemua nama lama dalam sijil akademik dan dokumen rasmi pemerintah.

Perbicaraan mahkamah bakal diadakan lagi pada 5 Mei depan untuk meminta pihak berkuasa berkaitan dapat menggantikan semua nama lamanya dari zaman sekolah rendah lagi, menengah sehingga kepada ijazah universiti.

Sajid alias Saddam jelas bukan satu-satunya yang “menderita” akibat memiliki nama mirip itu. Kes lain pernah dialami seorang wartawan di Ramadi, wilayah Anbar, Iraq apabila nama bapanya kebetulan ialah Saddam Hussein.

Ada pula kisah tentang Saddam lain yang lebih lucu kerana ditangkap anggota militan Syiah Iraq dan memintanya berlutut sementara sepucuk pistol dihunus di belakang kepalanya sebelum dia dibebaskan akibat salah faham nama.

Dalam pada itu, seorang budak etnik Kurdish di ibu kota Baghdad, juga bernama Saddam Hussein dilaporkan sering menjadi mangsa ejekan kawan-kawannya waima ketika bermain bola sepak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IraqSaddam Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

19/08/2023
0

LUMUT – Kerajaan akan membuka kembali Kedutaan Besar Malaysia di Iraq dalam masa terdekat selepas perincian berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd