• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia, Suspek Ke-19 Culik Suri Rumah Ditahan

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Indonesia, yang juga merupakan suspek ke-19 kes culik seorang suri rumah di Johor Bahru, ditahan di Plaza Tol Yong Peng Selatan arah utara, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 39 tahun itu, ditahan dalam sebuah teksi yang dipercayai dalam perjalanan dari selatan ke arah utara.

“Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menahan suspek berkenaan pada pukul 5.30 petang.

Kita percaya dia yang bertanggungjawab membawa lari mangsa ke Batam melalui laluan haram di Pengerang dengan menggunakan bot untuk ke Batam,” kata beliau kepada pemberita di Balai Polis Yong Peng, dekat sini, malam ini.

Kamarul Zaman berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek, pihaknya turut merampas sepucuk pistol separuh automatik berwarna hitam dengan kaliber 380 yang mengandungi tiga peluru.

Turut dirampas ialah sebungkus plastik lutsinar yang mengandungi 23 peluru kaliber 380 dan sebuah telefon bimbit.

Beliau berkata suspek berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan.

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sementara itu, pemandu teksi turut ditahan untuk memberi keterangan.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan 18 individu, 12 di Johor Bahru dan enam di Batam, Indonesia berhubung kes penculikan seorang suri rumah berusia 40-an.

Setelah 27 hari, wanita berkenaan kemudiannya berjaya diselamatkan dari sebuah rumah ladang di Batam dengan kerjasama polis Indonesia pagi Ahad lepas.

Pada 21 Feb lepas, wanita itu diculik dari rumahnya di Johor Bahru dan kemudiannya dibawa lari ke Batam. – BERNAMA

Tags: culiksuri rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

02/09/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di halaman terkejut apabila mendapati seorang lelaki memanjat tembok untuk menceroboh rumahnya...

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd