• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tentang RUU 355 Kerana Mahu Keliru Bukan Islam

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan DAP menentang Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 hanya kerana politik dan mahu mengelirukan masyarakat bukan Islam di negara ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata RUU 355 dikanunkan pada tahun 1965 dan ia dipinda pertama kali pada 1984 dengan hukuman kepada penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“Kenapa DAP tidak bangun menentang pada tahun 1984? Kenapa DAP diam dan membisu pada ketika itu? Mengapa sekarang?

“Ini hanya kerana politik semata-mata. DAP mahu mempengaruhi orang bukan Islam sedangkan ia tidak kena mengena dengan orang bukan Islam.

“DAP kena hormat. Ini isu orang Islam. Biarlah kita selesaikan isu ini… Jangan sebab politik, campur tangan urusan agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional akan membentangkan RUU 355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dan memberi laluan untuk kerajaan BN membentangkan pindaan rang undang-undang itu. – BERNAMA

Tags: DAPRUU 355Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd