• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mahu Tarik Lebih Ramai Pelajar Antarabangsa

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan merebut peluang untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa yang tidak melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat (AS) ke negara ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, satu survei pada Februari lalu oleh enam kumpulan pendidikan tinggi di AS, mendapati hampir 40 peratus universiti dan kolej menunjukkan penurunan dalam permohonan dari kalangan pelajar antarabangsa.

Menurut survei tersebut, faktor penyumbang kepada penurunan tersebut termasuk visa dan persepsi ‘less welcoming climate’ (suasana kurang mesra) di negara itu.

“Malaysia menawarkan pengajian berkualiti dan yuran yang berpatutan mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa.

“Ini merupakan peluang baik untuk negara kita menarik pelajar-pelajar yang tidak ke AS datang (melanjutkan pelajaran) di Malaysia dan sekaligus menjadikan Malaysia hab pendidikan di rantau ini,” kata Idris pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Idris dalam pada itu menzahirkan kegembiraan atas kejayaan 11 mata pelajaran di empat universiti tempatan yang tersenarai dalam kelompok 50 terbaik dunia, berbanding hanya tiga mata pelajaran pada tahun lepas.

Universiti Malaya (UM) mencatatkan senarai paling banyak mata pelajaran iaitu lima, diikuti Universiti Sains Malaysia (empat mata pelajaran) manakala Universiti Taylor dan Universiti Islam Antarabangsa masing-masing satu mata pelajaran, katanya.

Sementara itu, Idris berkata sehingga Februari, seramai 3,403 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) telah mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Skim 1Pelajar 1Perniagaan sejak dikuatkuasakan 1 Januari tahun ini.

“Ia merupakan petanda positif terhadap inisiatif kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak start-ups dalam kalangan belia pendidikan tinggi dan jumlah ini dijangka meningkat sehingga akhir tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd