• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Geng Subuh’ Aktif Pecah Kereta Di Masjid Tumpas

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – ‘Geng Subuh’ yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di dalam kawasan masjid sekitar daerah ini tumpas selepas tertangkapnya enam suspek pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhammad Halim Yatim berkata, modus operandi kumpulan terbabit ialah menaiki kereta ke masjid dan berpura-pura ingin solat Subuh namun memecahkan kereta menggunakan serpihan seramik pada palam pencucuh untuk mencuri ketika jemaah sedang bersolat.

“Kita menerima tujuh laporan kes sama pada tahun lalu, dan empat lagi kes pada tahun ini melibatkan beberapa buah masjid di daerah Yan yang terletak di tepi jalan utama.

Bagaimanapun laporan polis berhubung kejadian pecah kereta di kawasan parkir Masjid Abdul Rahman Putra, Sungai Yan, kira-kira pukul 6.12 pagi, 11 Mac lalu, kemudiannya membawa kepada penangkapan semua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini, hari ini.

Tambahnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid terbabit, geng berkenaan bergerak menggunakan sebuah kereta jenis Honda, dalam kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya empat suspek.

“Kita berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek seterusnya menangkap suspek lelaki berumur 33 tahun dipercayai ketua Geng Subuh dan tiga lagi suspek lelaki masing-masing berumur 26, 28 dan 41 tahun serta dua wanita berumur 23 dan 29 tahun.

“Tangkapan kesemua suspek dibuat pada 11 Mac lalu di sebuah rumah di Sungai Petani dan ujian saringan mendapati kesemua suspek positif dadah,” katanya.

Penangkapan itu berjaya menyelesaikan empat kes pecah kereta di kawasan masjid iaitu satu kes pada 2016 dan tiga kes pada tahun ini melibatkan tiga buah masjid iaitu Masjid Guar Chempedak, Masjid Singkir dan Masjid Abdul Rahman Putra yang keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM12,000, katanya.

Muhammad Halim berkata, siasatan lanjut mendapati ketua geng terbabit mempunyai lima rekod kesalahan lampau iaitu dua kes jenayah dan tiga kes narkotik.

Kesemua suspek lain masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau kecuali seorang suspek perempuan berumur 29 tahun dan mereka semua direman selama 11 hari sehingga 22 Mac ini untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Suami Isteri Ditahan Terlibat Kes Pecah Kereta

27/08/2018
0

SEREMBAN - Sepasang suami isteri yang membiayai kehidupan seharian mereka termasuk membeli dadah menerusi hasil jualan barang daripada kegiatan pecah...

Lelaki Terlibat Pecah Kenderaan Ditahan

24/08/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan memburu rakannya kerana terlibat kegiatan pecah kenderaan sebelum mencuri barangan berharga yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd