• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pelajar Cemerlang Teruja Belayar Atas Kapal Mewah

oleh
19/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sepuluh pelajar cemerlang dari seluruh negara hari ini berkongsi keterujaan berpeluang belayar di atas kapal pesiaran mewah, Star Cruises SuperStar Libra.

Mereka yang juga daripada keluarga kurang berkemampuan menyifatkan pelayaran dua hari satu malam menyelusuri laut di Pulau Pinang itu sebagai satu pengalaman berharga yang mendorong mereka untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik.

“Saya tidak pernah bermimpi untuk naik kapal mewah kerana keluarga saya bukan orang senang dan ayah hanya penjual roti canai. Alhamdulilah, saya diberi peluang untuk mengikuti percutian mewah ini,” kata Mohd Saiful Ezwan Abdullah, 19, kepada Bernama hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kelantan itu juga merupakan golongan kelainan upaya.

Bagi Nur Syahira Zaid, 17 yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsan Jalan Reko, Kajang, Selangor, pelayaran itu adalah satu dorongan untuknya belajar dengan lebih bersungguh bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

“Saya harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa depan bagi memberi dorongan kepada pelajar lain pula,” katanya.

Anak yatim, Mohd Shahfizan Mohd Jiwa, 18 dari Sungai Petani, Kedah, pula berkata dia tidak akan melupakan pengalaman itu.

Sementara itu, Pengurus Besar ZSM Mabrur Travel and Tour Sdn. Bhd., Marlina Ramly berkata program tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat syarikatnya.

“Kami merancang untuk menjalankan beberapa lagi program seperti ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan disamping pengisian motivasi untuk berjaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelajar CemerlangPulau PinangStar Cruises SuperStar Libra
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd