• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Terus Sokong UMNO” – Ahmad Said

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Selepas tiga tahun, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya kembali untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan berkelompok UMNO Bahagian Kemaman di sini, malam tadi.

Ahmad, selaku Ketua UMNO Bahagian Kemaman, sebelum ini hanya mewakilkan kepada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu, beliau melahirkan kesyukuran kerana masih mendapat sokongan kuat daripada perwakilan berkelompok yang masih mahu beliau menerajui bahagian itu.

Beliau turut menegaskan akan terus bekerja keras memastikan kemenangan UMNO di negeri itu khususnya di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Ketika berucap tadi, saya tanya ahli UMNO Kemaman, mahu saya masih berada dalam UMNO atau di pihak pembangkang, ternyata mereka masih mahu saya memimpin UMNO Bahagian Kemaman.

“Inilah amanah dan suara perwakilan untuk kita memastikan UMNO tidak kalah lagi pada pilihan raya akan datang,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.

Ditanya mengenai pujian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai dirinya yang terus menyokong kepimpinan UMNO Terengganu yang kini dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham sebelum ini, beliau berkata:

“Prinsip saya mudah sahaja, jika orang berlembut dengan saya, saya akan lebih baik dengan mereka dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Mengulas mengenai senarai calon PRU14, Ahmad berkata beliau mahu UMNO Bahagian Kemaman memilih sendiri calon sesuai untuk memastikan kemenangan parti itu.

“Kami akan berbincang dahulu, bila sudah ada senarai saya akan usahakan untuk menyerahkannya sendiri kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad SaidUMNO Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

25/11/2023
0

PRK KEMAMAN | PAS Terengganu mendakwa Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menjalankan kempen jahat dan jijik dengan memfitnah Presiden PAS...

UMNO Terengganu Akan Lapor SPRM Untuk Siasat Sumber Kewangan PN Sepanjang PRU-15

UMNO Terengganu Akan Lapor SPRM Untuk Siasat Sumber Kewangan PN Sepanjang PRU-15

24/11/2022
0

Kuala Terengganu : Umno Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd