• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Seorang Murid Hilang Di Sungai Ditemukan

oleh
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Mayat seorang murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini ditemukan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata bagaimanapun setakat ini identiti mayat belum dapat disahkan sama ada Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, atau Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12.

Beliau berkata mayat yang berpakaian lengkap itu ditemukan kira-kira 11.15 pagi di tebing sungai kira-kira lima kilometer daripada pusat operasi mencari dan menyelamat.

Menurutnya mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses pengecaman oleh anggota keluarga mangsa.

“Beri polis sedikit masa untuk sahkan identiti mangsa yang ditemui dalam operasi hari ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu Supramaniam berkata usaha untuk mengesan seorang lagi mangsa yang hilang masih giat dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lepas itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima mangsa meninggal dunia akibat lemas iaitu pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. – BERNAMA

Tags: Bukit Beruntunglemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd