• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Kuarantin Kawasan Positif H5N1

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Tiada keperluan untuk kuarantin kawasan yang positif selesema burung H5N1 buat masa ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ini kerana sehingga sekarang masih tiada lagi kes jangkitan H5N1 kepada manusia dan Kementerian Kesihatan kini sedang berusaha untuk memastikan perkara itu tidak berlaku.

Katanya bagi merealisasikan perkara itu, kementerian kini sedang giat melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan memberi kesedaran terhadap pihak-pihak terlibat.

“Kita sebar maklumat bagaimana jaga kesihatan dengan pakai pakaian yang melindungi diri seperti topeng muka, apron, sarung tangan dan sebagainya serta pastikan cecair ayam itu tidak kena pada mereka yang kendalikan ayam, itu paling mustahak,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Pejabat Penerangan Daerah Segamat di sini yang dihadiri kira-kira 200 orang antaranya petugas media.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan hari ini dua lokasi baharu telah dikenal pasti positif H5N1 di Pasir Mas sejak semalam.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya juga menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan terhadap mereka yang tinggal di kawasan positif wabak tersebut.

“Penduduk dan mereka yang mengendalikan ayam di kawasan tersebut boleh pergi ke klinik untuk pemeriksaan sekiranya terdapat simptom penyakit itu seperti demam atau selesema,” katanya.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik atau khuatir tentang H5N1 kerana wabak itu kini dalam keadaan terkawal.

“Isu seperti makan ayam atau tidak, tidak jadi isu kerana ayam yang dibekalkan itu selamat, (Jabatan Perkhidmatan) Veterinar telah pastikan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: H5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd