• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Gigi Direman 3 Hari, Cabul Lima Pelajar

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang doktor gigi ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.

Suspek lelaki itu disyaki melakukan perbuatan itu ketika pelajar mendapatkan rawatan pergigian di klinik sekolah berkenaan.

Ketua Polis Tawau, ACP Fadil Marsus, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 2.30 petang semalam ketika dipercayai cuba berlepas ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

“Saya mengesahkan menerima laporan kes cabul membabitkan doktor gigi itu dan kita akan siasat secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Petang semalam, lima keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa anak perempuan mereka dicabul seorang doktor gigi ketika sedang mendapatkan rawatan di klinik gigi sekolah mereka. – BERNAMA

Tags: kes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd