• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru 12 Tahun, Adik Ini Pecah Rekod Pecut Lama!

oleh
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Kuching, Sarawak tahun lalu, seluruh negara gempar dengan kejayaan Khairul Hafiz Jantan memecah rekod 18 tahun dipegang oleh Watson Nyambek.

Dengan catatan 10.18 saat, pelari pecut Melaka itu mengatasi rekod lama 10.30 saat dilakar oleh ‘The Flying Dayak‘ semasa Sukan Pra-Komanwel 1998 malah ia dipecahkan di negeri kelahiran atlet Bumi Kenyalang tersebut sendiri.

Bagaimanapun, ketika atlet negara bersiap sedia menjelang temasya Sukan SEA Ke-29 di ibu negara pada Ogos depan, netizen tempatan dikejutkan pula dengan kisah kejayaan hebat seorang pelari cilik di Sabah baru-baru ini.

Menerusi rakaman video amatur oleh Aminudin Saupin pada bulan lalu, pengguna media sosial ternyata begitu teruja menyaksikan aksi seorang atlet pecut berusia bawah 12 tahun dalam acara larian 100 meter lelaki akhir.

Difahamkan, ia dimuat naik oleh pemegang akaun Facebook bernama Jad Naeman Washif pada 23 Februari lalu serta ia turut dikongsi lebih 300 kali, selain menerima hampir 700 tanda ‘like’ dan puluhan lagi komen positif.

Netizen itu hanya mencatatkan ayat berbunyi: “Acara 100 meter akhir lelaki bawah 12 tahun – rekod baharu kejohanan 11.7 saat memecah rekod lama 12.8 saat. Larian yang baik untuk anak lelakiku, Jad Rizalman.”

Sekiranya apa ditulis netizen yang menetap di Ranau, sebuah bandar kecil dekat kaki Gunung Kinabalu itu adalah benar, maka ia adalah pencapaian hebat untuk seorang anak muda luar bandar setaraf atlet Sukma sendiri.

Bayangkanlah, atlet cilik ini jauh ke hadapan meninggalkan pelari-pelari lain kira-kira 10 meter di belakangnya untuk tiba dengan penuh bergaya di garisan penamat langsung tanpa menerima apa-apa cabaran sengit.

Lebih hebat, masa dicatatkannya itu sebenarnya adalah setanding dengan kebanyakan pelari pecut Sukan SEA. Setakat ini rekod acara itu dipegang atlet Indonesia, Suryo Agung Wibowo iaitu 10.17 saat di Laos pada 2009 lalu.

Ramai pengguna media sosial memberi kata-kata semangat atas kemenangan pelari cilik itu malah tidak mustahil, jika dilatih dengan betul, Jad Rizalman mampu pergi lebih maju sehingga ke Sukan Asia, Komanwel atau Olimpik.

Bagaimanapun, perjalanan adik ini masih lagi jauh namun mungkin dia ada potensi dan harapan besar mewakili Sabah dalam acara pecut untuk Sukma Ke-19 di Ipoh, Perak pada tahun hadapan pula. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sukan SEASukma
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd