• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Beruntung: 2 Kanak-Kanak Masih Belum Ditemui

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Dua daripada lapan kanak-kanak yang dihanyutkan air deras di Sungai Selangor, di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, semalam masih belum ditemui, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam.

Beliau berkata setakat pukul 1 tengah hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa berkenaan, Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, masih giat dijalankan.

“Pada awalnya, Muhammad Ikhwan dilaporkan telah ditemui namun selepas pengecaman dibuat keluarga mangsa, mayat yang dijumpai pada pukul 12.20 tengah malam tadi dikenal pasti sebagai Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 12,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia sembilan hingga
12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas.

Lima mangsa yang meminggal dunia dikenali sebagai pasangan adik beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 dan Muhammad Iskandar Shah, 12.

Supramaniam berkata operasi SAR diteruskan pada pukul 8 pagi ini melibatkan kekuatan lebih 80 anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, pihaknya kini memperluaskan radius kawasan pencarian dua kanak-kanak yang masih hilang itu kepada lebih lapan kilometer.

Mengulas lanjut, katanya, fenomena kepala air menjadi punca mangsa dihanyutkan arus deras secara tiba-tiba.

“Hujan lebat selama dua jam di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan berlaku fenomena kepala air sehingga arus deras setinggi lima meter melanda kawasan anak sungai.

“Kebiasaannya paras air di sungai itu cetek dan memang kanak-kanak boleh bermain di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd