• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Industri Ternakan Ayam Di Kelantan Bebas H5N1

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemeriksaan darah pekerja industri ternakan ayam di Kelantan mendapati mereka tidak dijangkiti selesema burung (H5N1) setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau semua pekerja industri itu di Kelantan bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak dalam kalangan manusia.

“Tidak ada laporan kes H5N1 berjangkit kepada manusia setakat ini, hanya berjangkit kepada ayam sahaja.

“Sebagai langkah pencegahan, ayam yang dibeli perlu dibersihkan dengan teliti dan dimasak dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Taman Botani, di sini hari ini.

Rabu lalu, kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua jajahan lagi iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

Kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati. – BERNAMA

Tags: H5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd